Tuesday, 10 April 2018



   ➤Pengenalan ahli ahli kumpulan :-


  1. Kanntini A/p Krishnan (23041163050)
  2. Nur Azmina Binti Md Zamri (23041163024)
  3. Nur Aqilah Hafizah Binti Ajmi (2341163056)
  4. Nur Ain Binti Md Hafizal (23041163055)
  5. Thurga A/p Ramasamy (23041163039)
  6. Intan Nur Farahanis Binti Wira Kelana (23041163064)
  7. Nur Ain Hidayah Binti Abu Bakar (2304113073)
Isi Kandungan :-
          1.0) Asal usul lagu negaraku
         2.0) Pemilihan lagu negaraku
         3.0) Kepentingan lagu kebangsaan & etika
         4.0) Kesimpulan
         5.0) Rujukan
    1.0) ASAL USUL LAGU NEGARAKU
    ASAL USUL LAGU ‘NEGARAKU’

    Lirik lagu ‘Negaraku’

    Negaraku
    Tanah tumpahnya darahku
    Rakyat hidup
    Bersatu dan maju

    Rahmat bahagia
    Tuhan kurniakan
    Raja kita
    Selamat bertakhta

    Rahmat bahagia
    Tuhan kurniakan
    Raja kita
    Selamat bertakhta

    Ramai yang tidak tahu tentang sejarah dan asal usul lagu ‘Negaraku’ ini . Lagu kebangsaan iaitu lagu ‘Negaraku’ merupakan lagu asal kebangsaan negeri Perak . Lagu rasmi negeri Perak ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957 . Lagu kebangsaan negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu ‘Terang Bulan’ yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah ıı Ibni Almarhum Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah Waliullah ketika baginda menjalankan hukuman dibuang negeri di Kepulauan Seychelles  kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British J.W.W Birch .
    Selepas menjalankan hukuman , baginda membawa pulang lagu yang mempunyai pengaruh di Mahe , Pulau Seychelles untuk disesuaikan dan dijadikan sebagai lagu rasmi kerajaan negeri Perak . Lagu tersebut juga merupakan ciptaan pengubah lagu warga Perancis , Pierre Jean de Beranger (1780 – 1857) yang bertajuk La Rosalie .
    Lagu ini sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan . Kemudian lagu tersebut diberikan seni kata baru dan dinamakan ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ yang seterusnya dijadikan lagu rasmi negeri Perak Darul Ridzuan . 



    Tetapi , Indonesia telah mendakwa bahawa lagu NEGARAKU sekarang ini adalah berasal dari ciptaan dan hasil seni negaranya kerana lagu ‘Terang Bulan’ sudah popular sejak tahun 1940 di Indonesia dan digunakan oleh Malaysia pada tahun 1957 sebagai lagu rasmi kebangsaan . Padahal , lagu negaraku berasal dari lagu negeri Perak yang telah diciptakan pada tahun 1888 .


    2.0) PEMILIHAN LAGU NEGARAKU



    PEMILIHAN LAGU ‘NEGARAKU’

    Pada tahun 1956 , semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri walaubagaimanapun , belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara . Pada ketika itu , Tanah Melayu berada diambang kemerdekaan maka wajarlah ia mempunyai sebuah lagu kebangsaan sendiri yang bercorak patriotik YTM Tunku Abdul Rahman menjadi ketua menteri merangkap menteri dalam negeri pada ketika itu yang telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan agar dicipta sebelum merdeka . Ekoran dari ketetapan ini , satu jawatan kuasa telah dibentuk bertujuan untuk mendapatkan sebuah lagu kebangsaan yang sesuai bagi Tanah Melayu .
    YTM Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan . Cadangan YTM Tunku Abdul Rahman dipersetujui dan dilaksanakan . Pertandingan ini bukan sahaja terhad kepada penduduk Tanah Melayu tetapi telah dibuka ke seluruh dunia . Dan hasilnya sebanyak 514 buah lagu diterima dari seluruh dunia . Untuk memilihnya , sebuah jawatankuasa dibentuk untuk membuat pemilihan dengan teliti dan sempurna yang YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj . Namun yang demikian , tidak ada sebuah lagu daripada 514 buah lagu yang dikemukakan dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan .
    Jawatankuasa kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya . Penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa dijemput khas untuk mengubah lagu kebangsaan terdiri daripada Benjamin Britten , Sir William Walton yang mengubah lagu perbarisan untuk Permahkotaan Ratu Elizabeth ıı , penggubah Opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said . Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak .
     Akhirnya , Jawatankuasa mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenal pasti sama ada diantara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan Negara . Upacara pemilihan lagu kebangsaan berlangsung di Dewan Polis Depoh , Kuala Lumpur sebanyak 4 buah lagu diperdengarkan oleh pasukan Pancaragam Polis Diraja , lagu “Allah Lanjutkan Usia Sultan” telah terpilih . Keputusan Jemaah Hakim kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu setelah dipersetujui kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM 1, 000 kepada penggubah untuk mencipta seni katanya . Tawaran ini telah dimenangi oleh Saiful Bahri dan lagu kebangsaan beliau terdapat dalam 3 versi.

    Cadangan menamakan semula lagu ‘Negaraku’ dalam rentak baru kurang popular . Malah , ada yang menamakan baru tempo lagu seperti lagu sirkus . Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu ‘Negaraku’ akan ditukar dan liriknya akan ditukar dari ‘Negaraku’ kepada 'Malaysiaku' . Disebabkan bantahan ramai , pertukaran nama dibatalkan dan lagu ‘Negaraku’ diubah dan dikembalikan kepada tempo pra 1992 oleh penggubah Wak Idris . Lagu ‘Negaraku’ telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad .

    Lagu ‘Negaraku’ berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka , di Dataran Merdeka , tengah malam pada tanggal 30 ogos 2003 . Lagu ‘Negaraku’ berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang ke-Empat , Tun Dr Mahathir Mohamad melaungkan “MERDEKA” sebanyak 7 kali .


    3.0)KEPENTINGAN LAGU NEGARAKU & ETIKA

    Kepentingan lagu kebangsaan iaitu lagu "Negaraku " adalah seperti berikut :-

    Menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum


    Menyerlahkan semangat patriotik

    Meningkatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja 

    Memupuk perpaduan dan keharmonian 

    Meningkatkan usaha untuk memajukan diri sendiri

    Etika ketika menyanyikan lagu 'Negaraku' :-
    - Berdiri tegak
    - Kedua-dua belah tangan diletakan ke sisi dan diluruskan ke bawah
    - Kedua - dua belah kaki dirapatkan
    - Nyanyikan dengan serentak dan jelas
    - Menyebut seni kata lagu dengan tepat
    - Bersemangat dan menghayati seni kata lagu
    - Tidak boleh bermain - main semasa menyanyi

    * Bagi orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda,
     - Kepala mesti tegak
    - Mata memandang bendera
    - Kedua- dua tangan di paha dan kaki dirapatkan


    4.0) Kesimpulan 

    Lagu kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara tetapi menyeru rakyat yang berbagai agama , bangsa dan sosial budaya untuk hidup bersatu padu. Selain itu, lagu 'Negaraku' sering dimainkan dalam festival sukan dan sebagainya kerana ianya melambangkan imej maruah dan jati diri sesebuah negara. Maka kita perlu bangga dan hormat akan negara serta lagu kebangsaan kita.

    5.0) Rujukan 

    Book Source
    Mardiana Nordin, & Hasnah Hussin.(2007).Pengajian Malaysia. Selangor : Oxford Fajar   Sdn.Bhd.
    Tan,M.S.E, & Lee,V. (2017). Target Sejarah Spm. Kuala Lumpur : Sasbadi Sdn.Bhd.
    Internet Source
    Beautifulnaara. (2014). Sejarah dan Maksud Lirik Lagu Negaraku [Web Log Post]. Retrieved   from  https://beautifulnaara.blogspot.my/2016/03/sejarah-dan-maksud-lirik-lagu   negaraku.html?m=1

    Rayyan. (2017).Sejarah Kaitan Irama Lagu Negeri Perak Dan Negaraku [Web log Spot].   Retrieved from https://www.orangperak.com/sejarah-kaitan-irama-lagu-negeri-perak-  dan-negaraku.html



    ⇏ Contoh lagu terang bulan :-




    ⇏ Contoh lagu negaraku :-